..MISTERI HILANGNYA 11 HARI PADA BULAN SEPTEMBER 1752
Diposting oleh
Unknown
|
Minggu, 21 September 2014
Seperti yang kita tahu, dunia ini banyak perkara ganjil dan misteri yang masih belum terungkai. Antaranya seperti yang telah berlaku pada bulan September, 1752, di mana dunia telah kehilangan 11 hari. Kalau dilihat pada kalender bulan September tahun tersebut, tidak ada hari ke-3 hingga hari ke-13. Ianya terus lompat dari hari ke-2 hingga hari ke-14. Ini yang jadi peliknya.
Anda boleh tengok sendiri, anda boleh 'set' tarikh tahun dalam komputer anda ke tahun 1752. Tetapi mungkin ada yang tidak bagusnya, pengguna Windows tidak boleh tengok kalender itu, hanya pengguna Linux atau selain dari Windows sahaja yang boleh tengok. Kalau komputer anda guna 'operating system' selain daripada Windows, anda memang bertuah, jadi bolehlah tengok sendiri kalender itu.
Mengikut cerita pada 2 September 1752, seluruh kepulauan dan koloni England, termasuk Amerika telah kehilangan 11 hari (3 September hingga 13 September) Hal ini berlaku apabila mereka bangun tidur pada keesokkan harinya, tarikh telah berubah menjadi haribulan ke-14.
Disebabkan kehilangan 11 hari ni, telah berlaku rusuhan di sekitar kampung kerana penduduk mendakwa pemerintah cuba untuk menipu mereka dengan hilangkan 11 hari daripada kehidupan mereka. Dikatakan, perkara tersebut bukan sahaja pernah berlaku di England pada 1752 sahaja, namun pernah berlaku di tempat lain seperti Perancis pada 1582, Austria pada 1584 dan Norwegia pada 1700.
Ada jugak yang kata pada masa itu, mereka menggunakan kalender yang salah atau dalam perkataan lain "kalender cacat". ..
0 komentar:
Posting Komentar